Sebuah Harapan Yang Memacu Perjalananku....

Jumaat, 19 Ogos 2011

Kisah Aku Di Bulan Ramadan

“Assalamualaikum..Ella!!!oh Ella..!!”terpekik terlolong aku menjerit dihadapan rumah sahabat karibku itu. Beberapa ketika keluarlah mahluk Allah yang dipanggil-panggil tadi itu. Aku mencekak pinggang ala-ala Mami Jarum tengah nak marah anak dia. Macam nak tercabut anak tekak aku panggil kaulah. Ish ish lambat sungguh minah ni. Maka dengan penuh sopan santunnya Ella keluar dari rumahnya dan membuka pintu pagar. Dengan senyuman manis lagi berkrim yang buat aku bertambah bengang daripada biasa, Ella pun berkata..”Alright Wani. Malam ni kita jalankan rancangan kita. Haha” ketawa kau ye..aku yang dah nak terbakor anak tekak ni, kau buat tak tahu je. Malas nak fikir panjang-panjang ditambah rasa teruja dengan plan malam ni, aku dan Ella bergerak ke rumah Ika dan adik-adiknya. Tak lah dekat sangat cuma sebelah rumah Ella je. Hehe. Paduan suara aku dan Ella memberi salam ke rumah Ika dan adik-adiknya membuatkan anak Pak Cik Mail Besi terkejut beruk hingga tersalah baling mercun padi kearah Cik Nor yang sedang rancak bermesyuarat tingkap tentang juadah berbuka puasa bersama ahli-ahlinya. Kesian Cik Nor, tak pasal-pasal jadi mangsa mercun. Ika dan adik-adiknya pun keluar dari rumah setelah aku dan Ella puas melalak dihadapan rumahnya. Haish, diaorang ni kalau aku tak gerak diaorang pun membatu aje. Aku,Ella,Ika dan adik-adiknya pun mula menuju ke rumah Sabariah. Lokasi yang menjadi pusat aktiviti yang akan dijalankan sebentar nanti. Si Sabariah tu tak payah dipanggil. Lepas berbuka je dia dah terpacak dekat tempat yang dirancangkan. Hehe. Paling penting dialah sponsor bahan-bahan yang diperlukan malam ini. Cantiklah!. Memang successlah rancangan kitaorang malam ni. Huhu. “Amacam Sabariah, kau ade bawak tak bahan-bahan yang diperlukan” Cewah..macam private investigator pulak cara aku tanya. “Ade. Tapi dapat keluarkan satu ikat je. Yang lain mak aku suruh simpan buat esok-esok” Sabariah berbisik padaku. Macamlah sekeliling kitaorang ni bising sangat sampai nak kena bisik-bisik. “Satu ikat je?mana cukup..”Ewah-ewah si Zafira adik Ika ni..banyak songeh pulak. Tak reti bersyukur betul lah budak kecik ni. “Alah satu ikat pun cukuplah. Banyak tu. Cuba tengok. Lebih 30 batang ade tu” Amboi Ella..bab kira-kira kau memang nombor satu. “Eh cepatlah. Dah pukul berapa dah ni. Nanti tergendala pulak rancangan khas ramadhan kita ni” Ika mula terlebih excited. Aku pun segera menyalakan lilin. Malangnya hampir habis batang mancis dalam kotak mancis yang dibeli Sabariah petang tadi dekat kedai Mat tapi apinya tak menyala-yala jugak. Hish api ni, turn aku kena nyalakan je kau mesti buat hal. “Wani!Kau ni nyalakan api lilin ke nyalakan api obor sukan Olimpik?Lambat gilalah” Kak Pah adik Ika no 2 ni…aku karate do kau karang baru tau. Komen je lebih buat tak nak. “Biar akulah yang nyalakan api. Kau tepi sikit” Sabariah cuba nak test power nyalakan api lilin happy birthday tu. Mana diaorang rembat lilin tu pun aku tak tahulah. Kesian orang yang nak sambut birthday malam tu. Lilin birthday kek dia kena cilok dengan bebudak ni. Entah macam mana si Sabariah ni boleh tetiba jadi ‘terer’ pulak. Boleh menyala api lilin tu dibuatnya. Ni yang buat hati aku terluka ni. Aku pun memuncungkan bibir ku semuncung yang boleh. Yelah..aku kalah. Menyampah betul. Aktiviti khas bulan Ramadhan pun bermula. Satu demi satu bunga api menyala. Seronoknya tengok bunga api. Masing-masing bermain bunga api dengan gaya tersendiri. Sabariah dengan gaya roller coasternya, Ella dengan gaya larian beriramanya, Ika dan Kak Pah dengan gaya bebas mereka, Zafira dengan gaya takut tapi beraninya dan aku dengan gaya selamat hari raya aku. Haha!! Semuanya seronok. Satu demi satu bunga api dihabiskan kitaorang. Dalam seronok-seronok tu, entah macam mana aku boleh tak perasan yang aku tengah dok mencangkung dekat atas longgokan bunga api yang belum dibakor kitaorang. Tulah terlebih excited sangat acu bunga api kat lilin sampai tercangkung kat atas longgokan bunga api pun tak sedar. Diaorang pun boleh tak perasan yang aku tengah mencangkung atas bunga-bunga api tu. Memang spesis rabun saiz betullah diaorang ni. Aku yang besar macam gajah tengah diet ni boleh diaorang tak perasan tengah cangkung atas bunga-bunga api tu. Maka Sabariah dengan selambanya meletakkan bunga apinya yang sedang aktif terbakar dekat belakang aku. “Wani..cuba kau tengok. Lawa seh bunga api ni kalau letak macam ni” Yelah tu..tapi mata kau tu pandang kat tempat lain. Dan dengan tak semena-menanya bunga api Sabariah yang tengah terbakar tu menyinggahkan apinya kearah longgokan bunga-bunga api yang ada dibawah punggung ku itu. Mula-mula tak rasa apa-apa. Tapi lama-lama rasa macam lain macam je. Bahang je anggota belakang aku ni. Kenapa pulak ni? Tengah syok-syok main api lilin ni..macam-macam pulak punggung aku ni rasa. Aku pun tengok lah belakang aku.” MAK!!BONTOT ORANG TERBAKAR!!” dengan gaya kung fu katak yang macam cerita kung fu hustle tu, aku pun melompat sejauh yang mungkin sambil mengibas-gibas belakang aku. Ya Allah..aku tak nak hilang punggung aku!! Nanti kau Sabariah!!Kalau apa-apa jadi kat punggung aku ni, punggung kau yang aku kebas Sabariah!! Nasib baik. Setelah diberi bantuan kecemasan daripada kawan-kawan aku yang over panic, punggung ku berjaya diselamatkan daripada terbakar. Tapi malangnya bunga api yang menjadi nadi aktiviti kitaorang malam tu telah habis terbakar semuanya. Nak buat macam mana..tak ada rezeki. Yang penting aku terselamat malam tu. Ish ish ish…nak kata sedih tak jugak..tapi bila dah lama-lama..rasa kelakar pun ada bila teringat balik. Hehehehe!!! Itulah antara coretan kisah aq n the Makmur 16 Geng mse kecik2 dlu. Mse tu klu x silap aq..kiteorg masih skolah rendah lagi. Satu sekolah tapi lain2 darjah. Memang mse tu kiteorg nakal giler la. Almost mnyebabkan mak bapak kiteorg pon giler sme. Huhuxx. Bulan2 puase mcm ni adalah kemuncak kenakalan kiteorg setiap thun. Yelah..mse tu time2 puase ni cuti sekolah..so bile mlm je kiteorg bleh la kluar main kt luar. So mmg byk la aktiviti2 trancang kiteorg sume ni. Seronok….tp tu dulu..skrang masing2 da bz dgn life masing2..mlm2 puase kt Makmur 16 skrang da x bising mcm dlu lg da..dah aman tenteram dah sekarang…kadang2 rindu jgk dgn time dlu2 tu..but life must go on…skrang ni Ella atau nme sebenarnya Zalila sdang mnyambung pelajarannya di UiTM Shah Alam, Ika ataupun Zalikha pulak dkt Kolej Politech Mara kt Melaka, Sabariah ataupun nme penuhnya Tengku Sabariah tgh brjuang menghabiskn plajarannya di SMK Damai Jaya, Kak Pah? Gelaran je Kak..tp orgnye mude lagi..nme die Zalifa..die dgn adik die Zafira pon sme tgh brjuang menghabeskn study dieorg dkt SMK Bandar Baru Uda..ank Pak Cik Mail Besi tu pulak da insaf da skrang..da x maen mercun lg da..nme die Khairal..dgr2 crite die da smbung blaja kt Unisel, Cik Nor da pindah da dri Makmur 16..die balik kampong die dkt Gelang Patah..dan aq pulak nmpknye akn trbang ke Kedah september ni..mmg trpisahlah kiteorg sume ni…tp aq yakin dieorg sume bahkan aq sndri xkn prnah lpe kenangan antara kiteorg sume..sejauh mne pon kiteorg merantau..Jln Makmur 16 tetap slalu di hati..sbb Jln Makmur 16 ni lah yg akn mnyatukn kembali kiteorg sume setiap kli raya mnjelma…

p/s: actually de bende laen aq nk criter..but entahlah..

0 Jeritan!!:

Hai Visitors...

Sebelum anda membaca blog ini, anda diperingatkan bahawa penulis blog adalah insan biasa seperti anda yang melalui hidupnya dengan pelbagai kisah gembira, sedih, bangang, pelik, sengal dan pelbagai lagi moments yang susah benor nak dijangka. Pada ketika ini penulis blog sedang sibuk melanjutkan pelajarannya di Northern University of Malaysia[UUM ler] dalam bidang pengangkutan dan logistik..so hanya apabila penulis blog berasa lapang atau sengaja melapangkan masa yang sememangnya tak akan lapang untuk mengupdate blognya..maaf diminta jika utk seketika blog ni berhabuk + berdebu + bersawang + berlumut + berlapuk [ok2 sudah le tu]..itu tandanya penulis blog sedang sangat bz dengan tugasnya..so kalau anda nak baca jugak blog ini pada ketika itu..bacalah je la apa yg ade didepan mata anda tu.......so sekian..terima kasih:]

My Family Business...

My Family Business...
NurAna Satay -- Dijamin Sedap Hingga Menjilat Lidi **Tempahan Diterima Sekitar Johor Bahru, Sila pm Untuk Mendapatkan No Telefon

Ada Apa Dgn Aq...

Foto saya
tergolong dalam Golongan "Ade Aku Kesah Mende"

Penunggu Blog Nih...

Aq Bukan AntiSosial...



YM: budak_kj@yahoo.com Twitter Instagram

Dlm Robok Aq...

1.Cinta Akan Indah - *** [ bleh la ;I ]

2.Tahu Rasa Cinta - ***** [ superb ;D ]

3.Akhirnya Aku Kahwin - *** [ bleh la ;I ]

4.Hati Kala Cinta - **** [ bleh tahan ;) ]

5.Kopi Susu Sepatu Biru - *** [ bleh la :I ]